Tuesday, November 29, 2011

o.O ?? | Virus Koobface

Assalamualaikum , Mungkin sekarang ini agak kecoh tentang virus yang tersebar melalui laman sosial facebook. Virus ini dikatakan menghantar mesej secara automatik kepada user yang ada dalam friendlist sesuatu akaun. Jika diamati , virus yang digelar koobface ini sebenarnya telah menjangkiti laman sosial Myspace , Twitter , Hi5 , Friendster , Badoo dan lain-lain yang rata-ratanya diserang pada Disember 2008 dan March 2009. Namun kini penyerangan ini kian menular akibat kepopularan laman sosial facebook itu sendiri.



Antara jenis virus koobface mengikut laman sosial yang dijangkiti :
1 - Net-Worm.Win32.Koobface.a ( menyerang Myspace )
2 - Net-Worm.Win32.Koobface.b ( menyerang Facebook )
3 - WORM_KOOBFACE.DC ( menyerang Twitter )
4 - W32/Koobfa-Gen ( menyerang Hi5 , Friendster ,Bebo , Tagged , Badoo dll )


Koobface yang merupakan sejenis worm ( malware ) merupakan sejenis virus yang cuba mendapatkan traffic  bagi sesuatu laman. Jika diperhatikan , operasi yang dilakukan koobface turut melibatkan pengiklanan dimana ianya menyebarkan sesuatu laman dan menaikkan traffic seterusnya meningkatkan "pay per click" klien mereka.


Selain daripada mangsa yang telah dijangkiti virus ini akan menghantar mesej / link melalui laman sosial kepada rakan mangsa yang seterusnya meminta rakan mangsa untuk memuat turun sesuatu apps / update bagi membolehkannya menyebarkan virus kedalam PC rakan mangsa pula. Virus ini akan mencuri data termasuk FTP akaun bagi webmaster dan beberapa maklumat sensitif. Namunpun begitu , difahamkan bahawa koobface tidak menganggu maklumat kewangan mangsa.

Koobface juga difahamkan turut memuatturun program DNS filtering dan Program Proxy yang membolehkan pelawat mendapatkan akses ke kebanyakkan laman web berkenaan keselamatan. Hal ini akan menyebabkan virus dapat menyalahgunakan akses mangsa mereka.

0 comments:

Post a Comment

Email subscribe

Sign up for our newsletter to receive the latest news and event postings.

Copyright © 2011 -=[+SHC+]=-, All Right Reserved. Design by Java Templates Powered by Blogger