Tuesday, October 11, 2011

Apakah itu Anti-Aliasing(AA)

Apakah itu Anti-Aliasing(AA) (Graphic Card) ?

Bila berbual mengenai graphic card atau permainan komputer, mungkin ada yang pernah terdengar mengenai AA, jadi apa sebenarnya Anti- Aliasing ini. Jadi di sini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai AA ini.
Anti-Aliasing ini adalah sebagai kaedah/cara untuk menjadikan melihat sesuatu itu menjadi licin/halus atau di dalam bahasa inggeris disebut sebagai �SMOOTH�. Jadi Anti-Aliasing ini adalah selalu dikaitkan dengan graphic card yang ada di pasaran sekarang. Sudah tentunya untuk permainan computer yang selalunya menjadikan 3D lebih realistic. Jadi di sini ada contoh apakah sebenarnya AA itu.
Jika di lihat di gambarajah di atas, A di bahagian kiri nampak seperti tidak smooth, dan jika ada fungsi Anti-Aliasing ini, ia akan menjadikan lebih smooth, contoh seperti A di sebelah kanan itu.

Apakah itu FSAA?

Nama penuh untuk FSAA adalah �Full Scene Anti Aliasing�. FSAA adalah selalu digunakan di dalam dunia permainan computer. Bila bermain sesuatu permainan, dan FSAA ini di aktifkan, FSAA bertindak untuk me�SMOOTH�kan keseluruhan gambar di dalam permainan itu, bukan sahaja untuk karekter utama, juga untuk bangunan dan sebagainya. Sample rate untuk FSAA ini adalah 2x, 4x, 6x dan sebagainya, semakin tinggi rate itu, semakin menarik gambar yang akan dipaparkan. Ini semua bergantung kepada graphic card yang digunakan.

Apa kesan Yang Terjadi jika diaktifkan FSAA/AA ini?

Jika diaktifkan, ada kesan yang akan terjadi kepada prestasi/performance computer anda, iaitu frame rate akan turun dari yang sebelumnya, kerana ketika FSAA/AA ini diaktifkan, graphic card anda akan bekerja lebih, jadi untuk menjadikan ia tidak jatuh frame rate dengan teruk, perkakasan lain harus diutamakan, seperti CPU dan RAM yang bagus. CPU dan RAM yang bagus ini membolehkan untuk menyokong/support graphic card anda untuk menampung FSAA/AA yang sudah diaktifkan . Resolution skrin juga adalah berkait rapat, semakin besar resolution mungkin 1920x1080 dan ke atas, memerlukan perkakasan computer yang bagus untuk menampung keseluruhan prestasi/performance computer anda.

*Artikel ini adalah kepunyaan saya sendiri, saya cari di internet dan combine sana sini, jadi jika mau letak tempat lain, sila2 la kredit ye tuan puan.hahaha..
*Sebenarnya ada banyak lagi tutorial untuk AA ni, tapi kebanyakan di dalam bahasa inggeris. Saya hanya memudahkan ia ke bahasa melayu, lagi mudah untuk semua membacanya.
*Ini hanya sekadar pengetahuan untuk semua, mungkin tidak lengkap, harap dapat membantu, hahahhaha!!!...

Credit to : Mp3

0 comments:

Post a Comment

Email subscribe

Sign up for our newsletter to receive the latest news and event postings.

Copyright © 2011 -=[+SHC+]=-, All Right Reserved. Design by Java Templates Powered by Blogger